Wednesday, 11 March 2015

Bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri, Seremban mula dibina pada 8 Julai 1993 dan siap dibina pada 25 Mei 1994. Tujuan pembinaan ini adalah untuk meningkatkan pembangunan yang pesat bagi Sekolah Menengah Puteri. Sekolah Menengah Convent tidak sesuai lagi digunakan sebagai pusat pembelajaran kerana bangunan sekolah tersebut telah menjadi lama dan usang. Tempat pembangunan Sekolah Menengah tersebut dicadangkan untuk dijadikan sebagai pusat beli-belah, malahan tempat tersebut telah tidak boleh dipakai lagi selepas beberapa hari pembinaan pusat beli-belah bermula. Ini berlaku apabila hujan lebat melanda tempat tersebut. Kini, tempat tersebut lebih dikenali sebagai “Carlton Pond” atau Tasik Carlton berhampiran dengan Hotel Carlton Star di Dataran Seremban.

 Sekoah Menengah Convent dahulu



 Kini tempat ini dikenali sebagai Carlton Pond

No comments:

Post a Comment