Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri,
Seremban sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada asal – usul sejarah serta
kewujudan sekolah lamanya iaitu, Sekolah Menengah Convent, Seremban. Sekolah
Menengah Convent yang terletak di Bandar Seremban ditubuhkan hasil kerjasama
oleh Father Reverend Cattesson dan Mother Reverend Anatole pada 3 Oktober 1904.
Sekolah Menengah Convent ini telah dirasmikan oleh Residen Mr.Weld. Pengetua
yang pertama bagi Sekolah Menengah Convent ialah Mother Camille dan beliau juga
dibantu oleh lima orang sisters sebagai tenaga kerja yang pertama dalam
pentadbiran sekolah tersebut. Nama
Sekolah Menengah Convent dikenali sebagai The Infant Jesus di Seremban. Nama
ini merupakan permintaan daripada Lordship Mansiegueur Fee yang mempunyai hasil
gandingan dengan Father Reverend Catteson dan Mother Reverend Anatole dalam
pembinaan sekolah jenis lelaki iaitu Sekolah Menengah ST. Paul pada tahun 1898,
yang kini berada berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Rendah Puteri, Seremban.
Pada 4 Oktober 1904, seramai 36 orang
pelajar telah mula belajar di Sekolah Menengah Convent. Selepas Perang Dunia
Kedua iaitu pada tahun 1920, bilangan pelajar telah meningkat kepada 150 orang.
Sebelum Perang Pasifik meletus pada tahun 1940, bilangan pelajar bertambah
kepada seramai 600 orang pelajar dan bertambah pula kepada 800 orang pelajar
pada tahun 1945 dengan pembukaan semula sekolah tersebut. Pada tahun 1948, data
tersebut telah meningkat kepada seramai 900 orang pelajar. Pada tahun 1979 pula,
jumlahnya meningkat lagi kepada 1521 orang pelajar yang menuntut di Sekolah
Menengah Convent.
Sebagai seorang pengetua, Mother Camille
telah berjaya mendirikan bangunan baharu yang mengandungi beberapa buah bilik
darjah, sebuah dewan dan chapel. Pada tahun 1912, Mother Camille telah diganti
oleh Mother Marcelli di Sekolah Menengah Convent. Beliau juga telah banyak
menyumbang kepada pembangunan Sekolah Menengah Convent dalam projek penambahan bilangan bilik darjah.
Selepas Mother Marcellin, Mother Emille telah menggantinya pada tahun 1925, yang
memegang tanggungjawab terhadap pembinaan bilik darjah yang menghadapi Padang
Negeri Sembilan. Selain itu, beliau juga telah membina rumah anak yatim dan
tadika. Pengganti kepada Mother Emille ialah Mother Pauline. Beliau pula
menghadapi masalah kekurangan tempat bagi pelajar baharu yang ingin memasuki
Sekolah Menengah Convent tersebut. Oleh itu, Mother Pauline telah bercadang
untuk membina sebuah cawangan baharu untuk Sekolah Menengah Convent yang
menghadapi Panggung Plaza dengan mendirikan sebuah dewan juga di cawangan
baharu tersebut.
Mesyuarat pertama oleh Persatuan Bekas
Pelajar Sekolah Menengah Convent, Seremban diadakan pada 29 Jun 1935 pada masa
pentadbiran Mother Pauline. Apabila Perang Dunia Kedua meletus pada Disember 1941, Sekolah Menengah
Convent dijadikan sebagai tempat perlindungan bagi mubaligh-mubaligh dan
anak-anak yatim dari negara Taiping dan Singapura. Selepas itu, daerah Seremban
telah jatuh ke tangan Jepun. Pada 10 Januari 1942 dan menjelang bulan Mei 1942,
mubaligh dan anak-anak yatim tersebut telah dibenarkan pulang balik ke negara
Taiping dan Singapura selepas keadaan telah baik pulih. Ini telah membuka idea
yang baharu kepada Mother Pauline untuk mengadakan kelas tambahan bagi mata
pelajaran Bahasa Jepun di Sekolah Menengah Convent. Kerajaan Jepun pula telah
membenarkan Mother Pauline untuk meneruskan pembinaan kelas-kelas tambahan
dengan mengambil tempat yang berhampiran dengan stesen keretapi bagi guru-guru
Bahasa Jepun yang mengajar pelajar mata pelajaran tersebut di Sekolah Menengah
Convent.
Selepas Kerajaan Jepun menyerah kalah,
Mother James telah mengambil alih tempat Mother Pauline sebagai menggantinya.
Mother James pula menyumbangkan pembinaan makmal Sains yang melengkapi dengan
semua peralatan sains yang diperlukan dalam pelajaran harian. Pada bulan
September 1946, Sekolah Menengah Convent telah berbesar hati dengan ketibaan
Gabenor Malayan Union Sir Edward Gent dan Lady Gent yang telah melawat sekolah
tersebut. Pada tahun 1951, Mother John Baptist telah menggantikan tempat Mother
James. Mother John Baptist membina blok baharu sabagai sumbangan kepada sekolah
yang dikenali sebagai blok “Mariam Wing” yang mengandungi sebanyak 13 buah
bilik darjah dan sebuah dewan berserta dengan sebuah bilik guru sebagi tempat
berehat kepada sumber tenaga kerja yang berkerja di sekolah tersebut. Sekolah
Menengah Convent telah berkembang dengan pesat sehingga mempunyai sebanyak 5
blok yang telah berjaya dibina dan blok-blok ini pula mempunyai penyambungan
bumbung daripada blok asas sekolah ini.
Pada tahun 1950-an, bermula dengan seramai
1000 orang pelajar serta dengan aktiviti kokurikulum termasuk pula mata pelajaran
tambahan seperti Bahasa Perancis dan Latin untuk pelajar yang ingin untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti telah diadakan di Sekolah
Menengah Convent. Pelajaran untuk mata pelajaran sains tulen telah mula diajar
pada tahun 1945. Bagi memupuk kemahiran seni muzik, terdapat juga pembinaan
kelas tambahan bagi bidang seni muzik seperti kelas piano dan violin. Pada
tahun 1957, Sekolah Menengah Convent dibahagikan kepada sekolah menengah dan
juga sekolah rendah.
Pada tahun 1957 juga, Mother John Baptist
telah berpindah dan diganti oleh Mother Paul. Dengan penambahan bilangan murid
yang mendadak, timbulnya keperluan untuk membina sekolah rendah. Kawasan Rahang
telah dipilih untuk pembinaan sebuah sekolah rendah bagi Sekolah Menengah Convent,
Seremban. Pada masa ini, Mother Veronica telah menjadi pengganti kepada Mother
Paul semasa sekolah rendah berjaya dibina sampai habis. Pada tahun 1963, Mother
Monica pula mengambil alih tugas prntadbiran sekolah daripada Mother Veronica.
Beliau menyumbang kepada pembukaan pelbagai aktiviti tambahan di sekolah tersebut. Salah satu aktiviti yang
telah diadakan oleh beliau ialah “Charity Week”. Mother Monica juga merupakan
seorang yang murah hati dan sentiasa menghulurkan bantuan, sebagai contohnya
beliau sentiasa menderma kepada rumah anak-anak yatim serta mempengaruhi
pelajar-pelajarnya untuk berbuat sedemikian. Mother Monica telah diganti oleh
Mother Teresa sebagai Superior dan beliau dibantu oleh Sister Canice dalam
tugas pentadbiran sekolah.
Dengan persaraan Mother Teresa pada tahun
1977, Mrs Khu Tuah telah dilantik sebagai pengetua yang baharu tetapi beliau
hanya memegang jawatan sebagai pengetua sekolah selama setahun sebelum
pemergian beliau. Selepas pemergian Mrs Khu Tuah, Mrs Tan Lan Lin telah
mengambil alih tugasnya. Beliau merupakan seorang yang peramah dan berhemah
tinggi. Oleh sebab sifatnya, nama baik Sekolah Menengah Convent dapat dijaga
dan sentiasa menjadikan sebagai sekolah contoh bagi sekolah-sekolah yang lain
dalam daerah Seremban.
Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri,
Seremban ditubuhkan selepas didapati bangunan Sekolah Menengah Convent sudah usang
dan tidak selamat lagi bagi meneruskan pembelajaran pelajar. Satu tapak
berhampiran Taman AST, kira-kira 4 kilometer dari Bandar Seremban dipilih bagi
pembinaan Sekolah Menengah Puteri tersebut. Pada 8 Julai 1993, Majlis memecah
tanah untuk pembinaan sekolah baru telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama
ato’ Haji Abdul Samad, PSM, DSNS, PMC, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul
Khusus. Perbelanjaan untuk bangunan SMK Puteri telah mencapai sebanyak RM
5,305,170,00. Sekolah ini mengandungi 7 blok bangunan yang terdiri daripada 3
blok bangunan empat tingkat, 2 blok bangunan dua tingkat dan 2 blok bangunan
satu tingkat.
Pada
peringkat awal dicadangkan sekolah baru bagi Sekolah Menengah Convent tersebut
menggunakan nama Sekolah Menengah Seremban tetapi apabila didapati bahawa warga
sekolah ini cuma terdiri daripada pelajar perempuan sahaja, nama Sekolah
Menengah Puteri digunakan.
No comments:
Post a Comment